Tentera_Laut_Imperial_Jepun
Tentera_Laut_Imperial_Jepun

Tentera_Laut_Imperial_Jepun

Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) (Kyūjitai: 大日本帝國海軍 Shinjitai: 大日本帝国海軍  Dai-Nippon Teikoku Kaigun (bantuan·maklumat) or 日本海軍 Nippon Kaigun, atau secara harfiahnya Tentera Laut Empayar Jepun Raya) ialah tentera laut dalam Empayar Jepun dari tahun 1869 sehingga 1945, apabila ia dibubarkan selepas kekalahan dan penyerahan kalah Jepun dalam Perang Dunia II. Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun (JMSDF) telah dibentuk selepas pembubaran IJN.Tentera Laut Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua merupakan angkatan laut ketiga terbesar di dunia dan yang kedua terkuat dalam Perang Pasifik. Armada IJN menguasai Lautan Pasifik pada awal peperangan tetapi akibat beberapa kekalahan, ia hilang kuasa di Pasifik Barat dan musnah pada penghujung Perang. Ia dikawal oleh Kementerian Tentera Laut Jepun dan Ketua Turus Am Tentera Laut Imperial Jepun. Pasukan Udara Tentera Laut Imperial Jepun merupakan satu daripada angkatan udara terkuat sebelum musnah dalam Perang Dunia Kedua. Hampir kesemua kapal IJN ditenggelamkan pada penghujung Perang.

Tentera_Laut_Imperial_Jepun