Isoroku_Yamamoto
Isoroku_Yamamoto

Isoroku_Yamamoto

Isoroku Yamamoto (山本 五十六, Yamamoto Isoroku, 4 April 1884 – 18 April 1943) ialah seorang Laksamana Armada dalam Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) dan merupakan Panglima Besar Armada Gabungan tentera laut bagi empat tahun pertama Perang Dunia II. Beliau secara umumnya dianggap panglima perang laut Jepun yang terhebat, dan antara pakar strategi tentera laut terbaik dalam sejarah.Yamamoto menyandang beberapa jawatan penting dalam Tentera Laut Imperial Jepun, dan melakukan banyak perubahan dan penyusunan semulanya, terutamanya dalam membangunkan penerbangan laut. Beliau adalah panglima besar pada tahun-tahun awal Perang Pasifik dan telah bertanggungjawab bagi pertempuran-pertempuran besar seperti Pearl Harbor dan Midway. Beliau terbunuh selepas pemecah kod Amerika mengenal pasti jadual penerbangannya dan pesawatnya ditembak jatuh. Kematiannya merupakan satu tamparan hebat buat tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Isoroku_Yamamoto

Pangkat
Anugerah
Tahun perkhidmatan 1901–1943
Unit Armada Gabungan
Kesetiaan Empayar Jepun
Pertempuran
Meninggal dunia 18 April 1943(1943-04-18) (umur 59)
Buin, Papua New Guinea 
Arahan Isuzu, Akagi
Kementerian Tentera Laut, Markas Udara Tentera Laut, Armada 1, Armada Gabungan, Divisyen Kapal Tempur Pertama
Kelahiran 4 April 1884
Nagaoka, Niigata, Japan
Nama asal 山本 五十六
Perkhidmatan  Tentera Laut Imperial Jepun

Berkaitan