Order_of_the_Rising_Sun

Darjah Matahari Terbit (旭日章, Kyokujitsu-shō) ialah darjah kebesaran ketiga tertinggi Jepun selepas Order of the Paulownia Flowers, dizahirkan pada tahun 1875 oleh Maharaja Meiji. Darjah tersebut merupakan anugerah kebangsaan pertama yang dikurniakan oleh kerajaan Jepun,[1] dizahirkan pada 10 April 1875 atas dekri Majlis Negara.[2] Lencana itu berbentuk pancaran cahaya daripada matahari terbit. Reka bentuk Rising Sun melambangkan tenaga sekuat matahari yang sedang terbit[3] selari dengan konsep "matahari terbit" Jepun ("Negara Matahari Terbit").Darjah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah membuat pencapaian yang cemerlang mengikut bidang berikut: perhubungan antarabangsa, mempromosi Budaya Jepun, kemajuan dalam bidang mereka, kebajikan atau pemuliharaan alam sekitar.[4] Sebelum berakhirnya Perang Dunia 2, ia juga telah dikurniakan untuk perkhidmatan tentera yang terpuji. Bermula tahun 2003, pingat tertinggi bagi Order of the Rising Sun menjadi darjah berasingan yang dikenali sebagai Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers.[5]Ia adalah darjah ketiga paling tinggi yang dikurniakan oleh kerajaan Jepun, namun ia biasanya darjah tertinggi yang diberikan secara umum. Darjah tertinggi Jepun, iaitu Order of the Chrysanthemum, dikhas untuk ketua-ketua negara atau raja, manakala darjah kedua tertinggi, Order of the Paulownia Flowers di khaskan sepenuhnya untuk ahli politik.Versi moden penghormatan ini telahpun diberikan kepada penerima bukan rakyat Jepun bermula tahun 1981 (walaupun beberapa warga asing telah diberikan penghormatan ini sebelum Perang Dunia II); dan wanita telah dikurniakan Darjah ini bermula tahun 2003 (sebelum ini, wanita telah dikurniakan Order of the Precious Crown).[6] Pengurniaan Darjah ini telah diurus oleh Biro Darjah Kebesaran di Pejabat Perdana Menteri. Ia dikurniakan atas nama Maharaja dan dan boleh dikurniakan selepas mati.