Order_of_the_Paulownia_Flowers

Darjah Bunga Paulownia (桐花章, Tōka shō) ialah darjah kedua tertinggi Jepun. Dizahirkan pada tahun 1888 sewaktu Pemulihan Meiji sebagai anugerah tertinggi dalam Order of the Rising Sun; namun, semenjak tahun 2003 ia telah menjadi Darjah yang tersendiri.[1] Satu-satunya pangkat dalam darjah ini ialah Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers (旭日桐花大綬章, Kyokujitsu tōka daijushō), yang berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada Darjah Matahari Terbit tetapi lebih rendah daripada Darjah Bunga Kekwa.Secara tradisinya, darjah ini telah disampaikan kepada negarawan terkenal, mantan perdana menteri dan menteri kanan kabinet, diplomat dan hakim. Ia boleh dikurniakan selepas mati, dan merupakan penghormatan tertinggi yang sering dikurniakan dalam darjah kebesaran Jepun. Anugerah tidak dibuat setiap tahun; hanya 23 individu yang pernah dikurniakan dengan darjah ini semenjak tahun 2003: 16 warga Jepun (tiga selepas mati), tiga warga Amerika (seorang keturunan Jepun, Senator Amerika Syarikat Daniel Inouye), seorang warga Malaysia iaitu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang warga Singapura iaitu mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew (selepas meninggal dunia) dan seorang warga India (mantan Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh).[2]