Sejarah Pertempuran_Sungai_Darah

Pertempuran ini berentetan daripada pembunuhan Piet Retief, seorang ketua kumpulan Voortrekker pada 6 Februari 1838. Pada November 1837, Piet Retief dan kumpulan diplomatiknya telah berjumpa dengan Raja Dingane untuk meminta tanah dikawasannya. Raja ini bersetuju dengan syarat kumpulannya memulangkan beberapa ekor kerbau yang telah dicuri. Apabila kerbaunya dipulangkan, Raja Dingane menandatangani perjanjian penyerahan tanah kepada Voortrekker.

Piet Retief bersama delegasinya kemudiannya telah dijemput ke satu jamuan perpisahan. Sebelum dibenarkan masuk, mereka dilarang membawa sebarang senjata api kerana kononnya ia menghina Raja Dingane. Rupa-rupanya perjanjian Raja Dingane adalah palsu dan kesemua orang Boer bersama ketuanya Piet Retief, telah ditawan dan dibunuh secara kejam. Pada waktu yang sama, tentera Zulu telah mengepung dan membunuh saki baki kumpulan di bawah jagaan Retief - sekitar 500 orang Boer, lelaki, wanita dan kanak-kanak (kini digelar "pembunuhan beramai-ramai Weenen" - perkataan Bahasa Afrikaans yang bermaksud "tangisan" yang turut dijadikan nama sebuah bandar berdekatan tapak-tapak pembunuhan ini). Selepas itu, Dingane menghantar tenteranya untuk menjejak serta membunuh kumpulan Voortrekker lain di bawah pimpinan Andries Pretorius.