Pertempuran Pertempuran_Vercellae

Pada penghujung bulan Julai, kedua-dua pihak tiba di sebuah tempat yang dikenali sebagai Vercellae. Tentera Rom yang diketuai oleh Marius dan Catulus mempunyai lebih 50,000 legiun manakala Cimbri pula mampu memuatkan tenteranya antara 60,000 hingga 80,000 tentera. Tentera Marius mempunyai kelebihan pada tentera kavalri oleh kerana tentera Cimbri banyak bergantung kepada tentera pejalan kaki. Sebaik sahaja pertempuran tercetus, kavalri Rom di kedua-dua belah sayap berentap dengan pasangan musuh mereka masing-masing. Barisan Cimbri pula mara untuk bertempur dengan legiun. Apabila barisan infantri sedang berlawan, tentera Rom yang bertahan terpaksa untuk berundur. Sementara itu, pasukan kavalri Maius berjaya memenangi pertempuran menentang pasukan berkuda Boiorix dalam jangka masa yang pendek. Kavalri Rom itu kemudiannya beralih dan menyerang barisan infantri Cimbri dari arah belakang. Infantri Jermanik itu telah dikepung sebelum hampir daripada mereka semua telah disingkirkan. Pertempuran ini berlarutan selama beberapa jam dan hampir seluruh puak Cimbri terbunuh dan diperhambakan. Pertempuran ini sekali gus menjadi titik noktah kepada kancah Perang Cimbri.