Pertubuhan_Pendidikan,_Sains_dan_Kebudayaan_PBB

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jawi: ‏ڤرتوبوهن ڤنديديقن⹁ ساءين‌س دان کبوداياءن ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو‎code: ms is deprecated ‎; bahasa Inggeris: UN Educational, Scientific and Cultural Organization, dipendekkan sebagai UNESCO; Jawi: ‏يونيسکو‎code: ms is deprecated ‎) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklan kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.

Pertubuhan_Pendidikan,_Sains_dan_Kebudayaan_PBB

Jenis/bentuk sah Agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan antara kerajaan 
Pertubuhan induk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
Keanggotaan 193 negara (2019) 
Ibu pejabat Paris 
Anggota bagi Global Citizen Science Partnership (2022) 
Ditubuhkan 16 November 1945 
Subsidiari UNESCO Chair on Cyberspace and Culture, Scientific Committee on Problems of the Environment, Institut UNESCO bagi Perangkaan, Iranian National Commission for UNESCO, Hylean Amazon Institute 
Koordinat 48°51′N 2°18′E 
Kependekan UNESCO 
Tapak web en.unesco.org 
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Arab, bahasa Cina 
Pengerusi Audrey Azoulay