Perundingan_Menghadkan_Senjata_Strategik

Perundingan Menghadkan Senjata Strategik merujuk kepada dua perundingan antara dua pihak berkenaan perjanjian antarabangsa di antara Amerika Serikat dan Kesatuan Soviet, dua buah kuasa besar semasa Perang Dingin berkenaan isu-isu pengawalan senjata. Terdapat dua rundingan dan persetujuan iaitu: SALT I dan SALT II. Perjanjian selepasnya dikenali sebagai START.Perundingan bermula di Helsinki, Finland, pada tahun 1969 dan memfokuskan kepada menghadkan simpanan senjata nuklear bagi dua negara ini. Perjanjian-perjanjian ini telah membawa kepeda START (Strategic Arms Reduction Treaty) atau "Perjanjian Mengurangkan Senjata Strategik". START I (satu perjanjian antara Amerika dan Soviet pada tahun 1991) dan START II (satu perjanjian antara Amerika Serikat dan Rusia pada tahun 1993) telah meletakkan had tertentu bagi kedua buah negara berkenaan jumlah persenjataan nuklear.