Perungkaian

Dalam bidang teknologi maklumat, perungkaian merupakan suatu tindakan penyarian maklumat atau data digital daripada suatu bekas. Istilah ini kebiasaannya diguna pakai bagi merujuk kepada perbuatan menyalin kandungan bunyi dalam cakera padat (CD) dengan format WAV atau MP3 namun boleh juga digunakan secara umum bagi penyarian kandungan daripada mana-mana bahantara lain seperti DVD dan cakera Blu-Ray (BD).