Pendahuluan Pesawat_pejuang

Pada suatu masa sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia II, terdapat dua jenis pesawat pejuang. Pesawat kecil satu enjin yang digunakan sebagai pesawat pemintas dan pesawat pejuang siang, kadang-kala dirujuk sebagai pengejar (pursuit), sementara reka bentuk enjin berkembar digunakan sebagai pesawat pejuang berat.

Peranan yang terakhir ternyata tidak dapat dilaksanakan, atau tidak cukup usaha diberikan untuk menjadikan ia kekal berguna. Kemudian ia disenaraikan kepada peranan kedua yang sentiasa bertambah, termasuk pejuang penyerang, pemusnah pengebom dan pejuang malam, yang mana enjin berkembar memberikannya keupayaan tambahan yang diperlukan untuk memenuhi peranan ini.

Ketika prestasi enjin pesawat semakin meningkat, terutamanya dengan enjin jet pada 1960-an, keperluan bagi reka bentuk berlainan perlahan-lahan lenyap. Mula-mula reka bentuk pesawat pemintas, pemusnah pengebom dan pejuang malam digabung ke dalam kelas pesawat tunggal. Kemajuan berikutnya dalam sistem pensasar dan peningkatan keupayaan bebanan bererti pejuang moden mampu membawa beban seberat pengebom Perang Dunia II, menyingkirkan kebanyakan peranan pengebom dan pesawat penyerang darat. Kini biasanya hanya terdapat dua reka bentuk pejuang umum, pesawat kecil yang merupakan asas tunjang kebanyakan tentera udara, dan reka bentuk yang lebih besar untuk beroperasi pada jarak lebih jauh, kadangkala dikenali sebagai pesawat pemintas.

Pesawat pejuang dimajukan semasa Perang Dunia I, dan digunakan bagi menjatuhkan pesawat peninjau musuh dan belon. Kuasa enjin amat terhad sehinggakan ia hampir tidak mampu terbang, tetapi pada akhir peperangan ia menjadi reka bentuk utama dalam simpanan.

Pada Perang Dunia II, pesawat pejuang amat penting. Penguasaan udara telah menjadi bahagian penting dalam doktrin ketenteraan, terutamanya dalam kes blitzkrieg. Ketidakupayaan Luftwaffe untuk memusnahkan skuadron pejuang British semasa Pertempuran Britain menjadikan penjajahan Britain melalui laut tidak dapat dilaksanakan. Apabila kuasa enjin meningkat, reka bentuk sedia ada seringkali digunakan bagi peranan lain, dengan pesawat seperti Republic P-47 dan Hawker Typhoon menjadi masyhur sebagai pesawat penyerang.

Messerschmitt memajukan pejuang jet beroperasi yang pertama, Me 262, terbukti lebih pantas berbanding pesawat berkipas biasa. Umumnya, jet adalah kebal selagi juruterbangnya menggunakan kelebihan kepantasannya. Me 262 mampu terbang jauh daripada pejuang yang bertahan, atau, di tangan juruterbang terlatih, ia mampu mengejar pejuang lawan begitu pantas sehinggakan lawan tidak mampu lari daripada meriamnya. Me 262 kurang digunakan, sebahagiannya akibat kekurangan bahan api Jerman. Tambahan lagi, kelebihan kelajuannya dibataskan dengan banyak oleh desakan Adolf Hitler agar ia digunakan terutamanya sebagai pejuang pengebom. Bagaimanapun, pesawat itu jelas menunjukkan pengakhiran tempoh pejuang berenjin berkipas. Gloster Meteor Britain, yang dibangunkan semenjak akhir 1930-an, dihasilkan tidak lama kemudian, dirangsang oleh laporan mengenai jet Jerman, dan pada akhir perang kesemua reka bentuk pejuang berenjin kipas terhenti.

Pada 1950-an, pesawat berenjin jet yang mampu mencapai penerbangan supersonik dibangunkan. Kuasa enjin yang dihasilkan masih rendah, dan reka bentuk dikhususkan bagi peranan tertentu. Sebanarang[Penjelasan diperlukan] tentera udara mungkin mempunyai tiga atau empat reka bentuk, pejuang siang, pejuang malam, pesawat penyerang dll.

Perbezaan ini berterusan berkurangan semasa 1960-an, tidak semestinya dangan hasil yang baik. McDonnell F-4 Phantom II direka sepenuhnya sebagai pesawat pemintas bagi Tentera Laut Amerika Syarikat, tetapi berjaya dalam peranan pesawat pelbagai peranan bagi Tentera Udara Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat termasuk juga kebanyakan negara lain. Bagaimanapu, hanya beberapa tahun kemudian General Dynamics F-111, bertujuan berperanan sebagai pejuang pelbagai peranan, pelbagai khidmat, terbukti sangat teruk, tidak berguna sebagai pesawat pejuang sehinggakan versi tentera laut dibatalkan, dan jenis tersebut berakhir sebagai pesawat pengebom. Belanjawan dan realiti politik semakin memaksa pembangunan pelbagai peranan berbanding pesawat khusus, tetapi selain pengecualian tertentu (seperti F/A-18 Hornet), permintaan bagi pesawat penyerang yang baik dan pejuang tempur udara yang baik kekal sukar dicapai.

Pembangunan terkini termasuk penonjolan radar bagi pesawat – teknik yang dikenali sebagai halimunan – termasuk juga peningkatan jarak pada kelajuan supersonik (superkrus) dan pergerakan yang lebih baik. Akhirnya, kebanyakan pihak percaya bahawa tidak terdapat masa depan bagi pesawat pejuang berpemandu kerana mereka akhirnya akan digantikan oleh Unmanned Combat Air Vehicle (UCAV). Bagaimanapun, pasukan udara utama dunia sekarang dalam proses menggantikan pesawat mereka dengan pesawat generasi baru, dengan itu perubahan ini kemungkinannya memakan masa yang lebih lama.