Peter_Del_Vecho
Peter_Del_Vecho

Peter_Del_Vecho

Peter Del Vecho ialah penerbit filem di Walt Disney Animation Studios, di mana beliau juga naib presiden kanan penerbitan.[1] Beliau terkenal dengan kemenangan, bersama pengarah Chris Buck dan Jennifer Lee, Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik untuk filem Frozen 2013.[2]Del Vecho dibesarkan di bandar Quincy, di kawasan South Shore di luar Boston, Massachusetts.[3] Beliau tamat belajar pada tahun 1987 dari Kolej Universiti Seni Halus Boston, di mana beliau belajar teater, dan bekerja di teater selama bertahun-tahun.[4] Pada tahun 1995, selepas bekerja di Teater Guthrie di Minneapolis selama kira-kira tujuh tahun, beliau telah direkrut oleh Animasi Disney. Beliau memulakan pengurusan penerbitan dan beralih ke penerbitan.[5]Selain Frozen, Del Vecho menerbbitkan filem Disney Animation The Princess and the Frog (2009) dan Winnie the Pooh (2011), dan merupakan penerbit bersekutu Treasure Planet (2002), yang diarahkan oleh John Musker dan Ron Clements.[6]Pada musim bunga 2015, Del Vecho menerbitkan Frozen Fever, filem pendek berdasarkan Frozen yang sekali lagi diarahkan oleh Buck dan Lee.[7] Pada 12 Mac 2015, Disney Animation mengumumkan bahawa Del Vecho akan menerbitkan kesinambungan penuh (Frozen 2) kepada Frozen, sekali lagi diarahkan oleh Lee dan Buck yang keluar pada November 2019.[8]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Peter_Del_Vecho http://oscar.go.com/nominees http://www.imdb.com/name/nm1275326/ http://www.latimes.com/entertainment/movies/movies... http://www.bu.edu/today/2014/frozen-producer-heads... https://www.bostonglobe.com/lifestyle/names/2014/0... https://www.imdb.com/name/nm1275326/ https://www.slashfilm.com/hand-drawn-animation-at-... https://variety.com/2015/film/news/disney-announce... https://id.loc.gov/authorities/names/no2010081239 https://musicbrainz.org/artist/82c56248-966a-46e4-...