Peter_Pan
Peter_Pan

Peter_Pan

Peter Pan atau Seorang Budak Lelaki yang Tidak Akan Tumbuh Membesar ialah sebuah cerita dongeng Barat yang dikarang oleh seorang penulis novel dan skrip layar berbangsa Scotland iaitu Sir James Matthew Barrie (J.M Barrie) (1860–1937). Kisah mengenai kanak-kanak nakal yang boleh terbang dan secara ajaib enggan membesar, Peter Pan menghabiskan masa pengembaraan kanak-kanaknya yang abadi di sebuah pulau kecil Neverland sebagai ketua Kanak-kanak Sesat, bercampur dengan duyung, Indian Merah, Pari-pari, dan lanun, dan kadang-kala bertemu kanak-kanak biasa di dunia luar. Tambahan kepada dua kerja berbeza oleh Barrie, watak ini telah ditonjolkan dalam pelbagai media dan dagangan, kedua-duanya mengambil dan mengembangkan karya Barrie.