Sejarah Peter_Pan

Kulit buku edisi 1915 novel J. M. Barrie, pertama kali diterbitkan pada 1911, gambaran oleh F. D. Bedford.

Peter Pan pertama muncul dalam seksyen The Little White Bird, novel 1902 ditulis bagi orang dewasa. Berikutan dengan persembahan berjaya mengenai Peter Pan pada 1904, penerbit Barrie, Hodder and Stoughton, memetik bab 13–18 dari The Little White Bird dan menerbitkannya di bawah judul Peter Pan in Kensington Gardens, dengan gambaran tambahan oleh Arthur Rackham.[1]


Cerita ini mengisahkan seorang budak lelaki bernama Peter Pan. Dia bersama adiknya Tinkle Bell telah berjumpa dengan tiga orang kanak-kanak milik keluarga Darling iaitu Wendy, John dan Michael di London. Ketiga-tiga anak mereka kemudiannya dibawa oleh Peter Pan ke Neverland, iaitu sebuah pulau yang begitu indah dan cantik. Walau bagaimanapun Wendy, John dan Michael telah ditawan dan ditangkap oleh sekumpulan lanun yang diketuai oleh Captain Hook. Tetapi ketiga-tiga anak mereka telah diselamatkan oleh Peter Pan dan akhirnya Captain Hook bersama-sama pengikut lanun itu telah melarikan diri akibat takutan seekor buaya ganas.