Buku Peter_Rabbit

Peter Rabbit melakukan ketampilan sulungnya pada tahun 1902 dalam cerita The Tale of Peter Rabbit. Peter mengingkari arahan ibunya lalu mencuri masuk ke dalam kebun En. McGregor untuk memakan sebanyak mana sayur-sayurannya yang termampu sehingga dijumpai dan dikejar-kejar oleh En. McGregor sendiri. Peter terlepas jua, tetapi kehilangan jaket dan kasutnya yang digunakan oleh En. McGregor untuk memakaikan orang-orangnya. Peter balik rumah dalam keadaan kepenatan dan kesakitan, lalu ditidurkan dengan teh kamomil.

Dalam cerita The Tale of Benjamin Bunny yang asalnya diterbitkan pada tahun 1904, sepupu Peter, Benjamin Bunny membawanya kembali ke kebun En. McGregor untuk mengambil balik pakaian yang dihilangkan oleh Peter dalam cerita lalu, The Tale of Peter Rabbit. Akan tetapi, selepas mengumpul bawang untuk diberikan kepada ibu Peter, mereka ditangkap oleh kucing belaan En. McGregor. Mujurlah, bapa Benjamin datang untuk menyelamatkan mereka, tetapi dia juga merotan Peter dan Benjamin kerana mencuri masuk ke dalam kebun En. McGregor itu. Dalam kisah ini, Peter kelihatan berasa kebimbangan apabila memasuki semula kebun itu.

Dalam The Tale of the Flopsy Bunnies yang keluar pada tahun 1909, Peter memainkan peranan kecil dan hanya muncul sekejap. Ia sudah dewasa dan saudarinya Flopsy pula berkahwin dengan sepupunya, Benjamin Bunny, lantas melahirkan enam ekor Flopsy Bunnies yang manja. Peter dan ibunya menjaga sebuah kebun semaian[3] di mana anak-anak Flopsy menjengah untuk meminta kobis ganti.

Dalam The Tale of Mr. Tod yang keluar pada tahun 1912, anak-anak Benjamin dan Flopsy diculik oleh seekor badger jahat, Tommy Brock. Peter membantu Benjamin mengejar Brock yang menyorok dalam rumah si rumah, Mr. Tod. Mr. Tod terserempak dengan Brock yang tidur di atas katilnya lalu bergaduh, sambil Peter dan Benjamin berjaya menyelamatkan anak-anaknya.

Peter sekadar membuat penampilan kameo dalam dua lagi cerita, iaitu The Tale of Mrs. Tiggy-Winkle (1905), yang mana Peter dan Benjamin menjadi pelanggan seekor landak kecil tukang cuci, Pn. Tiggy-Winkle. Dalam The Tale of Ginger and Pickles (1909) Peter dan watak-watak lain dari cereka Potter terdahulu membuat penampilan kameo dalam lukisan yang dipamerkan dalam kedai Ginger dan Pickles.

Berkaitan