Pfennig
Pfennig

Pfennig

Pfennig (singkatan: Pf) ialah duit syiling atau nota lama Jerman yang wujud dari abad ke-9 sehingga pengenalan euro pada tahun 2002. Sedangkan ia merupakan duit syiling yang bernilai semasa Zaman Pertengahan, ia hilang nilainya dengan berlangsungnya masa dan menjadi sebahagian mata wang Mark yang kurang penting di dalam Reich Jerman — bekas Republik Persekutuan Jerman (FRG, Jerman Barat) dan Republik Demokratik Jerman (GDR, Jerman Timur) — serta di dalam negeri Jerman selepas penyatuan semula Jerman sehingga pengenalan euro.Sebagai tanda mata wang, huruf 'd' yang merujuk kepada denarius dalam skrip german kurrent digunakan. Huruf kembar bagi huruf 'p' dan huruf 'f' juga wujud untuk merujuk kepada pfennig. Walau bagaimanapun, huruf kembar tersebut tidak lagi digunakan sejak dekad 1950-an, dengan penamatan lalu penghapusan Reichsmark.