Phleum_pratense
Phleum_pratense

Phleum_pratense

Phleum pratense ialah nama saintifik untuk sejenis rumput saka yang asalnya di merata benua Eropah kecuali kawasan Mediterranean. Ia tumbuh hingga 50–150 cm tingginya, dengan daunnya sampai 45 cm panjang dan 1 cm lebar. Jambak bunganya 7–15 cm panjang dan 8–10 mm lebar, diisi spikelet yang lebat sekali. Phleum pratense mudah disalah sangka sebagai Alopecurus pratensis dan Phleum phleoides. Walaupun tiada nama rasmi dalam bahasa Melayu, namun tumbuhan ini bergelar rumput Timothy (Timothy-grass) sempena seorang petani Amerika bernama Timothy Hanson yang dipercayai membawanya dari New England kepada negeri-negeri selatan pada awal abad ke-18.[1][2]