Phoeniculus
Phoeniculus

Phoeniculus

Phoeniculus ialah genus burung dalam keluarga Phoeniculidae. Ia terhad kepada Afrika sub-Sahara.Genusnya mengandungi spesies-spesies berikut:Ahli-ahli genus tersebut mempunyai paruh runcing yang panjang, melengkung sedikit ke bawah dengan badan yang gempal. Kebanyakannya menghabiskan masa seharian dalam kumpulan 5 hingga 12 ekor burung, memanjat pokok secara akrobatik atau tergantung di bawah dahan, memasukkan paruh ke dalam celah-celah untuk mencari serangga dan artropod kecil yang lain.[1] Ia mungkin menahankan diri dengan ekornya yang panjang seperti belatuk, tetapi bulu ekornya tidak kaku seperti belatuk dan mudah haus.[2] Walaupun kakinya kuat, penerbangan liut dan terikatnya lemah dan tidak bertahan lama.[1][2] Ia bising dan mungkin berehat daripada meramu untuk terlibat dalam "perhimpunan": ia "ketawa" [1] atau "gelak"[2] bersama-sama dan goyang ke sana ke mari, sayap terbuka separuh, ekor berayun ke atas dan ke bawah. Upacara tersebut membantu mengekalkan kumpulannya bersama.[1]Kumpulan-kumpulannya sebahagian besarnya terdiri daripada induk, pembantu, dan burung muda. Pembantu ialah burung yang, berbanding membiak, membantu pasangan lain mempertahankan sarang dan memberi makan kepada anak-anak. Amalan tersebut meningkatkan kejayaan pembiakan. Pembantu boleh membiak pada tahun berikutnya; hasil daripada ikatan yang dibentuk dengan burung-burung muda yang ia bantu, burung muda tersebut mungkin menjadi pembantunya pula.[1]