Piala_Asia_AFC
Piala_Asia_AFC

Piala_Asia_AFC

Piala Asia AFC merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia atau AFC. Negara yang memenangi kejohanan ini akan ditabalkan selaku Juara Asia dan layak untuk mewakili asia ke kejohanan Piala Konfiderasi FIFA. Edisi yang seterusnya akan berlangsung di Emiriyah Arab Bersatu.Piala Asia diadakan setiap empat tahun sekali semenjak 1956, dengan yang terakhirnya berlagsung di China pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, memandangkan Sukan Olimpik dan Kejohanan Bola Sepak Eropah juga dilangsungkan sama tahun dengan Piala Asia (2004, 2008, 2012 dan seterusnya), keadaan ini telah menyebabkan kalendar sukan menjadi sangat padat. Justeru itu, AFC telah mengambil pendirian untuk mengubah tradisi tersebut, dengan menganjurkan kejohanan yang seterusnya pada tahun 2007, diikuti setiap empat tahun mulai tahun 2007. Piala Asia telah didominasi oleh pasukan-pasukan teratas di Asia selama bertahun-tahun, biasanya dari Asia Timur atau Asia Barat. Pasukan-pasukan seperti Republik Korea , Iran, Kuwait dan Arab Saudi telah mendapat tempat mereka dalam perlawanan-perlawanan akhir hampir setiap tahun. Pasukan-pasukan lain yang mendapat kejayaan pada sesuatu masa termasuklah Jepun, China, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Iraq, dan, sebelum penceraian daripada AFC, Israel.Pada pertandingan 2007 yang telah diadakan di negara-negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Thailand. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Iraq yang berjaya mengalahkan Arab Saudi 1-0 dalam pertandingan akhir pada 29 Julai 2007.

Piala_Asia_AFC

Juara semasa  Qatar (gelaran pertama)
Pasukan paling berjaya  Jepun (4 gelaran)
Kawasan Asia (AFC)
Ditubuhkan 1956
Jumlah pasukan 16