Piala_Dunia_B-20_FIFA_2015
Piala_Dunia_B-20_FIFA_2015

Piala_Dunia_B-20_FIFA_2015

Piala Dunia B-20 FIFA 2015 adalah edisi ke-20 Piala Dunia B-20 FIFA sejak penubuhannya pada tahun 1977 sebagai Piala Dunia Remaja FIFA. Pertandingan ini buat pertama kali berlangsung di New Zealand,[1] buat kali ketiga di benua Oceania selepas Australia pada edisi 1981 dan 1993. Sejumlah 52 perlawanan dimainkan di tujuh hos bandar.[2]Semasa mesyuarat pertama jawatankuasa penganjur tempatan pada bulan Januari 2013, tarikh sementara 19 Jun - 11 Julai diberikan ke arah penganjuran permainan, dengan keputusan akhir untuk pemilihan bandar dan stadium pada asalnya dijadualkan berlansung pada bulan Februari 2013.[3] Penangguhan sebanyak dua kali berlaku.[4][5]Perancis, juara 2013, tidak dapat mempertahankan kejuaraan mereka kerana gagal layak ke peringkat akhir pertandingan kelayakan UEFA.[6] Disebabkan itu, mereka menjadi penyandang juara keempat berturut-turut gagal layak ke pertandingan akhir.Serbia menang perlawanan akhir ke atas Brazil 2–1 dan menjadi pasukan pertama dari Serbia untuk memenangi Piala Dunia FIFA sejak kemerdekaan mereka dari Yugoslavia dan Serbia and Montenegro. Sebelum ini mereka beraksi menang edisi 1987 sebagai Yugoslavia.

Piala_Dunia_B-20_FIFA_2015

Naib Juara  Brazil
Tarikh 30 Mei – 20 Jun
Kehadiran 396,668 (7,628 per perlawanan)
Jumlah perlawanan 52
Pasukan 24 (dari 6 konfederasi)
Pemain terbaik Adama Traoré
Juara  Serbia (Kejuaraan Ke-1)
Penjaring terbanyak Bence Mervó
Viktor Kovalenko
(5 gol)
Tempat Ketiga  Mali
Jaringan gol 154 (2.96 per perlawanan)
Anugerah Permainan Bersih  Ukraine
Penjaga gol terbaik Predrag Rajković
Negara tuan rumah  New Zealand
Tempat Keempat  Senegal
Tempat 7 (di 7 bandar)

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_B-20_FIFA_2015 http://www.cafonline.com/en-US/NewsCenter/News/New... http://resources.fifa.com/mm/document/footballdeve... http://resources.fifa.com/mm/document/tournament/c... http://resources.fifa.com/mm/document/tournament/c... http://www.fifa.com/aboutfifa/organisation/media/n... http://www.fifa.com/newscentre/news/newsid=2226179... http://www.fifa.com/tournaments/bidsfifaevents/new... http://www.fifa.com/u20worldcup/groups/index.html http://www.fifa.com/u20worldcup/index.html http://www.fifa.com/u20worldcup/matches/round=2715...