Piala_Dunia_FIFA_1930
Piala_Dunia_FIFA_1930

Piala_Dunia_FIFA_1930

Kejohanan pertama Piala Dunia FIFA telah diadakan pada tahun 1930. Kejohanan itu dianjurkan di Uruguay yang pada ketika itu merupakan juara Olimpik, sebagai hadiah kepada kemerdekaan yang dikecapi mereka. Selain menjadi hos Piala Dunia FIFA yang pertama, Uruguay juga menjadi juara pertama kejohanan ini selepas menundukkan Argentina 4-2 dalam perlawanan akhir.Piala Dunia 1930 ini merupakan satu-satunya yang tanpa pusingan kelayakan; penyertaan berdasarkan jemputan (semua negara yang menganggotai FIFA adalah dijemput). Disebabkan faktor kos dan masa perjalanan menyeberangi Lautan Atlantik, hanya sedikit pasukan dari Eropah yang bersedia untuk menyertainya; dua bulan sebelum kejohanan dimulai tidak ada satu negara pun dari Eropah yang berhasrat secara rasmi untuk turut serta. Setelah campur tangan dari presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet dan kerajaan Uruguay yang berjanji untuk membayar pampasan perjalanan setiap pasukan Eropah, barulah empat pasukan iaitu: Belgium, Perancis, Romania, dan Yugoslavia menyertainya. Perjalanan mereka menyeberangi Lautan Atlantik mengambil masa selama 3 minggu.Tiga belas pasukan peserta dibahagi kepada empat kumpulan, dengan kesemua perlawanan berlangsung di ibu negara Uruguay, Montevideo. Dua perlawanan pembukaan yang dilangsungkan serentak merupakan perlawanan pertama dalam sejarah kejohanan Piala Dunia yang berlangsung pada 13 Julai. Dalam perlawanan tersebut Perancis mengalahkan Mexico 4-1. Manakala Amerika Syarikat membenam pasukan Belgium 3-0 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung pada waktu yang sama di Estadio Gran Parque Central. Gol pertama diciptakan oleh Lucien Laurent, sedangkan hattrick pertama diciptakan pemain A.S., Bert Patenaude. Juara setiap kumpulan iaitu Argentina, Yugoslavia, Uruguay, dan A.S., layak ke separuh akhir.Pada peringkat separuh akhir, kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan 6-1, di mana Argentina mengalahkan AS dan Uruguay pula membenam Yugoslavia. Tidak ada perlawanan bagi penentuan tempat ketiga. Walau bagaimanapun terdapat satu catatan Buletin FIFA keluaran 1984 yang menyatakan bahawa perlawanan tempat ketiga sebenarnya berlangsung (di mana Yugoslavia mengatasi AS dengan jaringan 3-1). Walau bagaimanapun maklumat ini tidak pernah disahkan secara rasmi.Final Piala Dunia pertama berlangsung di Stadium Centenario, Montevideo, pada 30 Julai. Kontroversi tentang siapa yang akan menyediakan bola perlawanan telah mencacatkan kejohanan. Keadaan ini telah memaksa FIFA mengeluarkan arahan bahawa Argentina akan membekalan bola pada separuh masa pertama manakal Uruguay akan menyediakan bola pada separuh masa kedua. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan Uruguay ke atas Argentina dengan jaringan 4-2.Piala kejohanan telah disampaikan oleh Jules Rimet kepada Uruguay, yang juga merangkap pemenang bola sepak Sukan Olimpik yang sangat berprestij ketika itu.Pemain tunggal yang beraksi pada perlawanan akhir tersebut dan terakhir meninggal (pada 2010), Francisco Varallo (yang bermain sebagai penyerang pasukan Argentina).

Piala_Dunia_FIFA_1930

Naib Juara  Argentina
Tarikh 13 Julai – 30 Julai
Kehadiran 434,500 (24,139 per perlawanan)
Jumlah perlawanan 18
Pasukan 13
Juara  Uruguay (Kejuaraan Ke-1)
Penjaring terbanyak Guillermo Stábile
(8 gol)
Tempat Ketiga  Amerika Syarikat
Jaringan gol 70 (3.89 per perlawanan)
Negara tuan rumah  Uruguay
Tempat Keempat  Yugoslavia
Tempat 3 (di 1 bandar)

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_1930 http://es.fifa.com/mm/document/fifafacts/mencompwc... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/u... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1/res... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1/res... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1/res... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1/res... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1/res... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1/res... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1/res... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1/res...