Piala_Emas_Raja-Raja

Piala Emas Raja-Raja telah mula dipertandingkan pada tahun 1926 hingga 1946 yang pada awalnya dikendalikan oleh Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (MAHA), selepas itu ditaja oleh Puncak Niaga pada tahun 2009-2010, dan ditaja oleh syarikat Indonesia, Bank Mandiri, pada tahun 2011-2012. Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.Mulai tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Kini, nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung telah ditukar kepada nama baru iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.