Kegunaan Pidato

Seni ini muncul dengan seberapa faktor pendorong yang utama:

  • Mempermudahkan komunikasi antara pihak-pihak atasan dan bawahan serta sesama anggota organisasi.
  • Menciptakan suatu keadaan yang kondusif di mana hanya seorang sahaja yang diperlukan menyampaikan kandungan isi tersebut.

Pengucapan dan penyampaian kata-kata ini lazim dilakukan di situasi rasmi seperti majlis kenegaraan, sambutan keraian seperti hari lahir atau acara besar-besaran, mahupun sebagai pembangkit semangat sebelum memulakan kegiatan tertentu.