Pijar Kasmaran

Pijar Kasmaran merupakan album studio ketujuh oleh kumpulan U.K's. [1]Lagu-lagu dalam album tersebut dinyanyikan oleh vokalis utamanya Amir, yang turut menyumbang album U.K's yang lain, sejak album Mencari, Bisa Berbisa, Tajam Menikam, Panas Berpanjangan, Cuma Aku Yang Hidup dan Pijar Kasmaran.[2]Sambutan ramai bagi album "Pijar Kasmaran" berbeza-beza. Ini apabila Setelah dua bulan di pasaran, album Pijar Kasmaran belum mencecah 15,000 unit jualannya di Malaysia. Sebaliknya apabila dipasarkan di pasaran album di Indonesia secara serentak, jualan album Pijar Kasmaran semenjak dua bulan lalu memuncak naik apabila mencatatkan jualan melebihi 50,000 unit.[3]Album Pijar Kasmaran turut dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 dalam Anugerah Album Pop Terbaik, album Pijar Kasmaran (UK's) telah bersaing dengan album Kirana (Nora), Kembali (Intan Sarafina), Istimewa (Liza Hanim) dan Formula Luar Biasa (KRU).[4]

Pijar Kasmaran

Syarikat Mekar Production (BMG Music)
Genre Pop rock
Penerbit Saari Amri
Dikeluarkan pada 2000