Pijat
Pijat

Pijat

Subfamily AfrociminaeSubfamily CimicinaeSubfamily CacodminaeSubfamily HaematosiphoninaeSubfamily LatrocimicinaeSubfamily PrimicimicinaePijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.
Pijat atau pijat-pijat ialah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius.[1] Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.[2][3]Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.Di dunai membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995.[4] Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat.[5][6] Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga.[6][7] Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.[5]Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka. [8]