Sejarah Pijat

Ukiran tahun 1860 bahagian badan pijat. A. Usus.—B. Belalai jantan.—C Mata.—D. Haustellum, atau Penghisap, tertutup.—E. Pandangan sisi penghisap.—F. Bahagian bawah kepala.—G. Bawah bibir.—GG. Rambut pada tiub, dan sarung luar.—H. Beg telur.—I. Cacing muncul dari telur

C. lectularius mungkin berasal dari Timur Tengah, di gua yang didiami kelawar dan manusia.[14]

Pijat pernah disebut di Yunani Silam seawal 400 BC, dan kemudiannya disebut oleh Aristotle. Sejarah Semulajadi Pliny, diterbitkan kali pertama sekitar 77 AD di Rome, mendakwa bahawa pijak memiliki nilai perubatan bagi merawat penyakit seperti gigitan ular dan jangkitan telinga. (Kepercayaan mengenai nilai perubatan pijat berterusan sehingga pada abak ke-18, apabila Guettard mencadangkan kegunaannya bagi merawat histeria.[41]) Pijat mula disebut di Jerman pada abad ke-11, di Perancis pada abad ke-13 dan di England pada tahun 1583,[14] sungguhpun ia kekal jarang ditemui di England sehingga 1670. Sesetengah pada abad ke-18 mempercayai bahawa pijat dibawa ke London dengan bekalan kayu yang digunakan bagi membina semula bandar selepas Kebakaran Besar London (1666). Giovanni Antonio Scopoli menulis mengenai kehadiran mereka di Carniola (sekitar Slovenia masa kini) pada abad ke-18.[42][43]

Kaedah tradisi bagi menyingkir/membunuh pijat termasuk penggunaan tumbuhan, fungi, dan serangga (atau hasilannya), seperti lada hitam,[44] black cohosh (Actaea racemosa), Pseudarthria hookeri, Laggera alata (Chinese yángmáo cǎo | 羊毛草),[10] Eucalyptus saligna oil,[45][46] inai (Lawsonia inermis atau camphire),[47] "dicampur minyak Melolontha vulgaris" (kemungkinannya "cockchafer"), fly agaric (Amanita muscaria), Actaea spp. (e.g. black cohosh), tobacco, "heated oil of Terebinthina" (i.e. true turpentine), wild mint (Mentha arvensis), narrow-leaved pepperwort (Lepidium ruderale), Myrica spp. (e.g. bayberry), Robert geranium (Geranium robertianum), bugbane (Cimicifuga spp.), "herb and seeds of Cannabis", "opulus" berries (possibly maple or European cranberrybush), masked hunter bugs (Reduvius personatus), "dan banyak lagi."[48]

Pada pertengahan abad ke-19, asap dari api gambut dicadangkan.[49]

Debu juga pernah digunakan bagi menjauhi serangga dari simpanan bijiran selama berabad, termasuk "plant ash, lime, dolomite, tanah jenis tertentu, dan tanah "diatomaceous" (DE) atau Kieselguhr".[50] Of these, diatomaceous earth in particular has seen a revival as a nontoxic (when in amorphous form) residual pesticide for bed bug abatement. Serangga yang terdedah kepada tanah diatomaceous mungkin mengambil masa selama beberapa hari untuk mati.[50]

Panel kerja anyaman diletakkan disekeliling katil dan digoncang di luar pada waktu pagi, di UK dan di Perancis pada abad ke-19. Menaburkan daun tumbuhan dengan bulu halus sekeliling katil pada waktu malam dan disabu buang pada waktu pagi dan dibakar, merupakan teknik yang dilaporkan digunakan di selatan Rhodesia dan di negara-negara Balkan.[18]

Sebelum abad ke dua puluh, pijat adalah biasa. Menurut laporan oleh Kementerian Kesihatan British, pada tahun 1933 terdapat banyak kawasan di mana kesemua rumah mengalami serangan pijat pada tahap tertentu.[51]

Pijat merupakan masaalah besar semasa Perang Dunia Kedua. Jeneral MacArthur mengulas bahawa pijat merupakan "gangguan serangga terbesar ... di pengkalan Amerika Syarikat"[52]

Dengan ketibaab racun serangga kuat, yang terkenal adalah DDT pada tahun 1940-an, pijat hampir hapus di negara-negara Barat.[53] Bagaimanapun, jangkitan pijat semakin meningkat di tahun kebelakangan ini, bagi sebab yang kurang jelas, tetapi faktor penyumbang adalah kecuaian, peningkatan kekebalan, pengharaman pada racun serangga dan peningkatan perjalanan antarabangsa.[53] Gelombang jangkitan pijat sepanjang Amerika Syarikat telah menumbuhkan industri bagi penghalang, penghapusan dan lapuran jangkitan pijat. [petikan diperlukan]