Pika
Pika

Pika

Rujuk teksPika ialah sejenis haiwan kecil yang berkaki pendek, bertelinga kebulatan, dan berekor pendek. Nama "pika" dipercayai berasal daripada piika dalam bahasa Tungus, ataupun pikat ("berdecit") dalam bahasa Rusia, dan digunakan untuk memaksudkan mana-mana spesies yang menganggotai famili Ochotonidae dalam order Lagomorpha yang juga merangkumi Leporidae (arnab). Pika juga menerima timangan "arnab bersiul" kerana bunyi geranya yang nyaring ketika menerjun ke dalam lubang sarangnya.