Sifat Pika

Fosil Ochotona sp.

Pika ialah sejenis haiwan kecil yang berkaki pendek, bertelinga kebulatan dan berekor pendek. Panjang tubuhnya sekitar 6-9 inci, dengan ekornya yang hanya lebih kurang 2 cm panjangnya, dan beratnya antara 120 dan 350 gram, bergantung pada spesies. Sama dengan arnab, selepas makan, pika membuang tahi hijau yang lembut untuk dimakan semula demi meningkatkan khasiat, sebelum membuang tahi besar.

Pika merupakan haiwan maun yang memakan pelbagai jenis bahan tumbuhan, terutamanya rumput, rusiga, ranting pokok renek, lumut, dan liken. Seperti haiwan Lagomorpha yang lain, pika mempunyai gigi acip untuk menggerogot dan tiada gigi taring, tetapi kurang bilangan gigi gerahamnya berbanding arnab, oleh itu formula pergigiannya adalah: 2.0.3.2 1.0.2.3 {\displaystyle {\tfrac {2.0.3.2}{1.0.2.3}}}

Pika yang tinggal di batu-batuan melahirkan sebanyak lima ekor anak sahaja, manakala spesies yang bersarang tanah pula lebih banyak beranak dan lebih kerap membiak, gara-gara kekayaan sumber di habitat asalnya. Anak pika dilahirkan selepas tempoh hamil selama 25 hingga 30 hari[1].