Pika_Berkolar
Pika_Berkolar

Pika_Berkolar

Pika Berkolar (Ochotona collaris) ialah sejenis lagomorfa kecil (~160 gram) yang hidup di padang batu tongkol di negeri Alaska tengah dan selatan (Amerika Syarikat),[2] dan sesetengah bahagian Kanada, termasuk British Columbia utara, Yukon, dan bahagian barat Wilayah Utara. Ia bersaudara rapat dengan Pika Amerika (O. princeps). Pika Berkolar tidak bersosial, tidak berhibernasi,[3] dan banyak menghabiskan musim panasnya dengan mengumpul tumbuh-tumbuhan untuk disimpan di bawah batu-batuan sebagai bekalan makanan sempena musim sejuk.[4]Pika Berkolar menjadi matang untuk membiak pada usia setahun, dan melahirkan 2-3 anak setahun dalam sarang di dalam talus. Anak pika tinggal dalam sarang selama sekitar 30 hari sebelum disapih dan boleh keluar. Anak pika kekal dalam wilayah induknya selama beberapa hari sahaja sebelum menjadi berdikari dan berpecah untuk mencari wilayah sendiri.