Pilihan_raya_Presiden_Turki_2007

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Turki
Pilihan raya Presiden Turki 2007 diadakan untuk memilih Presiden Republik Turki ke-11. Sebelum ini Presiden Turki ialah Ahmet Necdet Sezer. Dalam pilihan raya pusingan pertama yang diadakan pada 27 April 2007 dan 6 Mei 2007, Abdullah Gul dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) gagal meraih kemenangan yang memuaskan. Tetapi dalam plihan raya pusingan kedua ini, Abdullah Gul meraih kemenangan .Jabatan Presiden Turki dianggap menjaga sistem sekular yang diamalkan di Turki. Turki yang terletak dalam lingkungan Kesatuan Eropah, sentiasa memerhati jiran Islamnya ini . Kepimpinan Turki berkali-kali mahu menyertai Kesatuan Eropah tetapi ditolak dengan pelbagai alasan.Isu isteri Abdullah Gul yang memakai tudung yang berciri Islamis dianggap menentang sistem sekular. Sistem sekular dilihat sebagai penyelamat kemerdekaan negara Turki sejak sistem republik dilaksanakan oleh oleh Bapa Pembangunan Turki, Mustafa Kamal Ataturk.Pilihan raya pusingan pertama diboikot oleh parti pembangkang. Mahkamah Perlembagaan Turki memutuskan majoriti dua pertiga diperlukn untuk membentuk kerajaan yang stabil di Turki. AK kemudian mengadakan satu lagi pilihan raya bagi menentukan parti mana menjadi pilihan majoriti. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah mencalonkan Abdullah Gul sebagai calon presiden. Akhirnya beliau terpilih sebagai Presiden Turki ke-11 selepas pilihan raya pusingan ke-3. Pusingan pertama diadakan pada 20 Ogos 2007. Pusingan kedua diadakan pada 24 Ogos dan pusingan ketiga diadakan pada 28 Ogos 2007. Apa yang penting , Parti Tindakan Nasionalis (MHP) tidak memboikot pilihan raya ini.

Berkaitan