Pilihan_raya_kecil_Balingian_2014

Pilihan raya kecil Balingian 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Balingian pada peringkat DUN Sarawak. Hari penamaan calon bermula pada 17 Mac 2014 manakala undian pada 29 Mac 2014.[1] Sebelumnya, kawasan ini dipegang oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud yang meletak jawatan pada 28 Februari 2014.[2] Kerusi tersebut diisytiharkan kosong setelah beliau mengambil alih peranan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang tamat tempoh menjawat pada 28 Februari.[3] Abdul Taib merupakan ADUN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau menjadi pengerusi parti tersebut setelah mendapat majoriti 5,154 undi menentang dua calon lain dalam pilihan raya 2011.[4]Pilihan raya ini merupakan pertandingan satu lawan satu di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Yussibnosh Balo telah mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu sementara Abdul Jalil Bujang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Rakyat.[5][6] Kempen di kawasan ini telah dicemari oleh dakwaan bahawa Ketua Menteri yang baru, Adenan Satem menyalahgunakan kuasanya apabila empat pemimpin PKR telah dihalang daripada memasuki Sarawak sepanjang tempoh berkempen.[7]Yussibnosh Balo berjaya mengekalkan kerusi BN dengan majoriti 6,911 undi.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_kecil_Balingian_2014 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.straitstimes.com/the-big-story/asia-rep... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/01/T... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/29/B...