Pilihan_raya_kecil_Ijok_2007

Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 berlangsung pada 28 April 2007 apabila kerusi Ijok dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, Malaysia, kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk K. Sivalingam, pada 4 April 2007 daripada serangan sakit jantung. Sivalingam merupakan ahli majlis eksekutif negeri dan juga timbalan pengerusi Malaysian Indian Congress (MIC) negeri Selangor, salah satu daripada komponen parti pemerintah perikatan Barisan Nasional (BN).[1] Pada 11 April 2007, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 April 2007 sebagai hari penamaan calon, manakala pilihan raya kecil telah ditetapkan pada 28 April 2007. [2] Pilihan raya ini telah dimenangi oleh calon BN-MIC K. Parthiban, dengan majoriti 1,850 undi.[3]

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_kecil_Ijok_2007 http://www.malaysiakini.com/news/65761 http://www.malaysiakini.com/news/65947 http://www.malaysiakini.com/news/65958 http://bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=25496... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=2... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=2... http://www.nst.com.my/Article/vArt?did=20070411075... http://www.pilihanraya.com.my/English/assemblyNomi... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/4/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/4/...