Pilihan_raya_kecil_Kuala_Besut_2013

Pilihan raya kecil Kuala Besut 2013 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N1 Kuala Besut Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 24 Julai 2013. Hari pencalonan ialah 12 Julai, manakala pengundian awal dijalankan pada 20 Julai 2013. Kerusi DUN Kuala Besut menjadi kosong selepas kematian ADUNnya A. Rahman bin Mokhtar pada 26 Jun 2013 akibat barah peparu.[1] Dr. Mokhtar baru sahaja mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) bagi pihak Barisan Nasional (UMNO). Pilihan raya kecil ini ditandingi Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman daripada BN-UMNO dan Azlan Yusof, atau lebih mesra dengan panggilan Che Long, yang mewakili PAS bagi pihak Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya merupakan muka baharu.[2][3]Ini merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU-13.[1] Ia berkemungkinan menjadi satu pilihan raya kritikal, kerana BN hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu 2013.[4] Kemenangan PAS akan menyaksikan parlimen tergantung dengan kedua-dua parti campuran memiliki 16 kerusi, dan kemungkinan pilihan raya negeri baharu.[5][6]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_kecil_Kuala_Besut_2013 http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option... http://mysinchew.com/node/89193?tid=4 http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://undi.cari.com.my/area.php?pnid=1421&l=en http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6... http://www.nst.com.my/latest/impact-of-kuala-besut... http://www.thesundaily.my/news/757900 http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/abd... http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/2062...