Pilihan_raya_kecil_Kuala_Terengganu_2009

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail . Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa pilihan raya kecil hendaklah diadakan selepas 60 hari disahkan oleh speaker Dewan Rakyat.Razali yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands sewaktu menghadiri permukiman anjuran UMNO Terengganu.Datuk Mat Razali Kassim yang juga Datuk Bandar Kuala Terengganu, dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Namun di atas sebab-sebab tertentu beliau meletak jawatan sebagai pegawai pengurus pada 15 Januari 2009 dan digantikan oleh Wan Mustafa Wan Hassan, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya.[1]

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_kecil_Kuala_Terengganu_2009 http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.p... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.p... http://malaysiakini.com/news/94147