Pilihan_raya_kecil_Pengkalan_Pasir_2005

Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 diadakan pada 6 Disember 2005. Calon Barisan Nasional / UMNO iaitu Hanafi Mamat berjaya menewaskan calon PAS di DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. UMNO / BN menang dengan majoriti 134 undi. Calon bebas hanya mendapat 415 undi dan hilang wang pertaruhan. Dalam pilihan raya 2004, Hanafi Mamat kalah di Pengkalan Pasir tapi menang kali ini (2005).Pengkalan Pasir terletak di tengah bandar Pasir Mas dan ditadbir oleh Majlis Daerah Pasir MAS. DUN Pengkalan Pasir terletak dalam kawasan parlimen Pasir Mas. Ia bersebelahan dengan Sungai Kelantan di selatan. DUN Meranti di utara di DUN Tendong di timur. PAS dan UMNO silih berganti memenangi kawasan ini. Tahun 1974, ketika itu bernama DUN Pasir Mas telah dimenangi oleh PAS. Selepas Mageran Mac 1978 di Kelantan, maka dalam pilihan raya umum 11 Mac 1978, ia dimenangi oleh calon BN sehingga 1990. Dari 1990 hingga 2004 ia dimenangi oleh PAS. Dalam pilihan raya umum 2004, PAS menang dengan undi sebanyak 7168 dan BN, 7112 iaitu majoriti 56 undi.Tahun 2005, terdapat 18,600 pengundi iaitu 94.8% Melayu dan 5.2% Cina.