PAS Pilihan_raya_kecil_Pengkalan_Pasir_2005

Semasa penamaan calon, turut berarak ialah PMusyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama ialah Dato' Anuar Tan Abdullah.PAS pula terlalu yakin menang di situ kerana adanya ADUN Bebas yang mendapat undi majoriti 1600 undi semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. PAS menyalahkan undi pos dan undi hantu dan ada ura-ura untuk ke mahkamah membantah keputusan pilihan raya kecil itu.[1]

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkempen di Stadium Mini Pasir Mas. .Turut berkempen ialah Dato' Kamaruddin Jaafar, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan. Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pengkalan Pasir adalah permulaan muafakatan Barisan Alternatif.

Ada beberapa yang dipertikaikan oleh PAS ketika itu, antaranya ialah :

  1. SPR diletakkan dan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri
  2. Penukaran sempadan pilihanraya secara sewenang-wenang bagi kepentingan pihak tertentu
  3. Menukarkan syarat pendaftaran menurut kepentingan pihak tertentu
  4. Menukar pengundi keluar dari kawasan mengundi dan memasukkan pengundi ke kawasan lain tanpa pengetahuannya
  5. Penambahan kerusi parlimen dan DUN bagi kepentingan politik tertentu
  6. Daftar pemilih yang tidak bersih. Ada pengundi hantu
  7. Menggunakan daftar pemilih yang berlainan
  8. Berlakunya pengulangan mengundi bagi seorang individu lebih dari sekali
  9. Penyalinan no siri pengundi pada tunggul keratan kertas mengundi yang membolehkan dikesan nama pengundi
  10. Pejabat Pendaftaran Negara diperalatkan bagi menambah dan mengurangkan pendaftaran di sesuatu kawasan menurut kepentingan BN.
  11. Pengeluaran kad pengenalan sementara bagi pengundi-pengundi upahan
  12. Memanipulasi pengundi-pengundi pos
  13. Politik wang dan rasuah politik
  14. Penambahan waktu mengundi bercanggah dengan akta pilihanraya
  15. Keputusan penghakiman petition pilihanraya yang tidak konsisten
  16. Parti pemerintah menggunakan peralatan dan kemudahan kerajaan
  17. Menyekat golongan tertentu yang sudah berkelayakan dari mengundi
  18. Menggunakan samseng dan kaki pukul untuk menyekat dan menakutkan pengundi
  19. Menahan atau tidak menyerahkan borang 14 bagi tujuan penipuan keputusan mengundi
  20. Memonopoli segala media elektronik dan cetak.[2]