Pilihan_raya_kecil_Sungai_Besar_2016

Pilihan raya kecil yang akan diadakan untuk kerusi Dewan Rakyat P93 Sungai Besar, kerusi parlimen terletak di negeri Selangor, Malaysia pada 18 Jun 2016 berikutan hari penamaan pada 5 Jun 2016.[1] Kerusi mula kosong setelah kematian ahli parlimen Noriah Kasnon, yang meninggal dalam nahas helikopter pada 5 Mei 2016 sementara berkempen di pilihan raya negeri Sarawak.[2] Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi.[3] Dalam pilihan raya umum 2013, Noriah memenangi kerusi dengan majoriti 399 undi menewaskan Mohamed Salleh M Hussin dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[4] Pilihan raya kecil ini diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Kuala Kangsar atas alasan yang sama.Calon Barisan Nasional ialah Budiman Mohd Zohdi dari UMNO yang juga ADUN Sungai Panjang.[5] Calon PAS ialah Abdul Rani Osman yang juga ADUN Meru.[6] Gabungan pembangkang Pakatan Harapan telah memilih Azhar Abdul Shukor dari Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai calon.[7]Beberapa isu-isu yang akan membawa semasa pilihan raya ialah Cukai Perkhidmatan dan Barangan, kenaikan biaya hidup dan tarif elektrik.[8]