Pilihan_raya_kecil_Tanjong_Datu_2017

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kerusi Tanjong Datu diadakan pada 18 Februari 2017 selepas proses penamaan calon pada 4 Februari 2017 [1] ekoran kematian penyandangnya yang juga Mantan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem akibat serangan jantung pada 11 Januari 2017.[2]Beliau juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya negeri Sarawak 2016 selepas menewaskan pencabarnya, Encik Jazolkipli Numan dari PKR dengan memperoleh undian sebanyak 6,360 sementara Jazolkipli hanya memperoleh undian sebanyak 468 sahaja.[3] [4]