Pilihan_raya_kecil_Teluk_Intan_2014
Pilihan_raya_kecil_Teluk_Intan_2014

Pilihan_raya_kecil_Teluk_Intan_2014

Seah Leong Peng
Pakatan Rakyat (DAP)Mah Siew Keong
Barisan Nasional (GERAKAN)Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014 diadakan pada 31 Mei 2014 setelah kematian penyandangnya Seah Leong Peng (58) dari parti DAP pada 1 Mei 2014. Penamaan calon diadakan pada hari Isnin, 19 Mei 2014 . Kali ini pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding atas tiket DAP. Pada masa yang hampir sama, Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014 turut diadakan.Pegawai Pengurus Pilihan Raya ialah Datuk Ibrahim Ahmad . Proses penamaan calon diadakan di Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Jalan Changkat Jong, Teluk intan, Perak. Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi luar negara layak me­ngundi pada PRK kali ini dengan pengundian awal pada 27 Mei sementara hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei 2014. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan bahawa PRK ini menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang diwartakan pada 30 April 2014 dan diperkemaskan pada 1 Mei 2014.SPR akan menggunakan Dewan Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala Pusat Pengiraan Undi Awal akan diadakan di bilik Audit Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Sebanyak 36 Pusat Mengundi akan dibuka. Seramai 957 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya kali ini dengan anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM1,470,347. Pemerhati rasmi dilantik oleh SPR akan diberikan kad pemerhati .[1]Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13),Seah Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon Bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.