Pilihan_raya_perundangan_Austria_2017

Pilihan raya perundangan telah diadakan di Austria pada 15 Oktober 2017. Parti Rakyat Austria (ÖVP) muncul sebagai parti terbesar dalam Majlis Kebangsaan dengan memenangi 62 daripada 183 kerusi. Parti Demokratik Sosial (SPÖ) pula di tempat kedua dengan 52 kerusi, di hadapan Freedom Party of Austria (FPÖ), yang memperoleh kurang satu kerusi dari SPÖ. SPÖ merupakan parti terbesar yang memenangi pilihan raya terdahulu pada tahun 2013, dan telah memimpin kerajaan sejak 2007. NEOS pula di tempat keempat dengan 10 kerusi dan PILZ (yang berpecah dari Parti Hijau di awal kempen) memasuki parlimen buat pertama kali pula berada di tempat ke lima dengan 8 kerusi. Parti Hijau gagal melepasi 4% telah disingkirkan dari Parlimen, dan kehilangan kesemua 24 kerusinya. Pemimpin parti terkuat dalam campuran, jika terdapat, kebiasaannya akan menjadi Canselor Austria. Sebastian Kurz, telah dinamakan sebagai pemimpin ÖVP hanya lima bulan sebelum pilihan raya, dan dipercayai akan menduduki jawatan Canselor sebagai pemimpin kerajaan termuda di Eropah.[1] Walau bagaimanapun, penyandang Canselor Christian Kern, ketua parti kedua terkuat, SPÖ, mengumumkan bahawa beliau bersedia untuk mempertimbangkan gabungan dengan FPÖ - walaupun beliau mengatakan bahawa kemungkinan gabungan seperti itu adalah sangat kecil.[2]