Pilihan_raya_umum_Malaysia_1974
Pilihan_raya_umum_Malaysia_1974

Pilihan_raya_umum_Malaysia_1974

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 yang merupakan pilihan raya umum Malaysia yang keempat diadakan pada Ogos 1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sejak tahun 1971, keahlian Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan dinamakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara parti-parti komponennya sehingga ramai rang berpendapat bahawa parti campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama.Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.[1]

Berkaitan