Pilihan_raya_umum_presiden_Indonesia_2014
Pilihan_raya_umum_presiden_Indonesia_2014

Pilihan_raya_umum_presiden_Indonesia_2014

Susilo Bambang Yudhoyono
DemokratJoko Widodo
PDI-PRencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Indonesia
Pilihan raya umum presiden Indonesia ke-3 diadakan pada 9 Julai 2014[2] dan mempertandingkan bekas jeneral Prabowo Subianto melawan gabenor Jakarta, Joko Widodo; presiden semasa Susilo Bambang Yudhoyono telah mencapai maksimum dua penggal jawatan.[3][4] Pada 22 Julai Komisi Pemilihan Umum mengumumkan kemenangan Joko Widodo. Beliau dan naib presidennya, Jusuf Kalla, dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober 2014, bagi penggal 5 tahun.Menurut undang-undang pilihan raya 2008, hanya parti atau parti campuran yang mengawal 20% kerusi DPR atau memenangi 25% undi popular dalam pilihan raya umum parlimen 2014 layak mengemukakan calon. Undang-undang ini telah dicabar di Mahkamah Konstitusi Indonesia,[5] namun pada akhir Januari 2014 Mahkamah memutuskan yang syarat itu akan kekal bagi pilihan raya ini.[6] Tiada parti yang melepasi ambang ini pada pilihan raya 2014, jadi dua parti campuran dibentuk. Presiden semasa Susilo Bambang Yudhoyono secara rasminya berkecuali namun Parti Demokratnya cenderung terhadap gabungan Prabowo Subianto.

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_presiden_Indonesia_2014 http://www.aph.gov.au/About_Parliament/Parliamenta... http://nasional.kompas.com/read/2014/03/14/1453471... http://www.pemiluindonesia.com/files/UU-No-42-Tahu... http://presiden2014.com/news/ http://www.thejakartaglobe.com/news/presidential-t... http://www.thejakartapost.com/news/2014/01/25/ruli... http://www.thejakartapost.com/news/2014/07/22/joko... http://kpu.go.id/koleksigambar/PPWP_-_Nasional_Rek... https://id.berita.yahoo.com/jk-apresiasi-sikap-sby...