Pinang Tunggal merupakan sebuah
pekan kecil yang terletak di tebing
Sungai Muda,
Pulau Pinang. Pada masa silam kebanyakan perjalanan menggunakan perahu atau rakit melalui sungai. Jadi tempat-tempat di sepanjang sungai dikenali oleh perkara perkara unik di tepi sungai. Kedapatan satu pokok pinang di tepi sungai menjadikan kampung in dinamakan Kampung Pinang Tunggal. Dalam filem Tan Sri
P. Ramlee, latar belakang kehidupan di sini mengilhamkan watak pendekar Pinang Sebatang dalam filem
Pendekar Bujang Lapok.Kampung ini terletak di dalam kawasan parlimen
Kepala Batas. Kedudukan Pinang Tunggal di penjuru timur laut
Seberang Perai menjadikan kedudukannya amat strategik dan tercatat di dalam sejarah awal
Pulau Pinang. Pinang Tunggal terbahagi dua apabila
Francis Light mengambil
Seberang Perai atau dikenali sebagai Province Wellesley dalam tahun 1800. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari
British,Pinang Tunggal kekal sebagai dua buah kampung di dalam negeri yang berbeza iaitu
Pulau Pinang dan
Kedah.Pinang Tunggal dalam negeri
Pulau Pinang lebih terkenal kerana kedudukannya dalam wilayah kolonial British dan banyak peninggalan sejarah boleh di dapati di sini.Antara penempatan yang terletak di kawasan Pinang Tunggal ialah:Terdapat dua buah sekolah rendah di Pinang Tunggal iaitu: