Pincer kerdil,
[lower-alpha 1] pincer katik,
[lower-alpha 2] atau
pincer kecil[lower-alpha 3] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis
pincer yang berasal dari
Jerman. Walaupun keserupaan visual baka ini dengan
terier mainan Manchester, yang agak serupa dengan baka-baka pincer, kekal sebagai kontroversi, penyelidikan genetik (yang diterbitkan pada tahun 2007) telah menunjukkan bahawa kedua-dua baka mempunyai keleluhuran unik yang dikongsi.
[1] Keleluhuran bagi terier mainan Manchester dan pincer kerdil mungkin telah menjadi terpisah secara geografi sejak berabad-abad lama dan mengekalkan keserupaan hanya melalui pembiakbakaan terpilih untuk trait-trait sama; walau apa pun, penyelidikan tahun 2017 itu juga menunjukkan bahawa kedua-dua baka kekal lebih berkait rapat dengan satu sama lain berbanding dengan kaitan dengan baka-baka lain.
[2] Leluhur baka ini mungkin juga termasuk
pincer Jerman,
grehaun Itali, dan
dachshund.
[3] Asal usul pincer kerdil yang diketahui adalah di Jerman dengan rujukan kepadanya dengan istilah Zwergpinscher ("pincer kerdil") dalam dokumen-dokumen bersejarah. Dokumen-dokumen Kelab Kenel Jerman juga merujuk pincer kerdil sebagai
Rehpinscher, namun istilah ini hanya digunakan untuk anjing berwarna merah rusa dengan bahagian "Reh" yang merujuk rusa merah kecil yang dahulunya terdapat di hutan-hutan Jerman. Pincer kecil berasal dari beberapa abad lalu sebagai pemburu tikus cekap untuk bangsal.Artifak dan lukisan bersejarah menempatkan pincer kerdil sebagai baka sangat tua, tetapi pendokumenan berfakta bermula kurang daripada 200 tahun lalu, meninggalkan asal usul sebenarnya untuk diperdebatkan. Ramai sejarawan dan mereka yang telah menyelidik latar belakang baka ini bersetuju bahawa warisannya mungkin sekali betul, dengan menambahkan pincer berbulu pendek Jerman ke dalam pokok keluarganya. Kelab kenel antarabangsa, iaitu
Persekutuan Kinologi Antarabangsa, menyenaraikan pincer kerdil dalam Kumpulan 2, Section 1.1 Pincer, bersama dengan
anjing Dobermann,
pincer Jerman,
pincer Austria, dan pincer mainan lagi satu, iaitu
pincer monyet.
[4] Kelab-kelab kenel lain menyenaraikan pincer kerdil dalam
Kumpulan Mainan atau
Kumpulan Teman.