Pingat_Ibrahim_Sultan_Pangkat_Kedua

Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua dizahirkan pada 17 September 1925, iaitu sempena genapnya 30 tahun Sultan Ibrahim memerintah negeri Johor.Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) diperbuat daripada perak dikurniakan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan berintegriti lebih 20 tahun dengan kerajaan Johor. Bagi ahli parti siasah, seseorang ahli itu disyaratkan berkhidmat sekurang-kurangnya sebagai ahli jawatankuasa di peringkat cawangan atau bahagian selama tidak kurang 17 tahun. Seseorang itu, perlu berkelakuan baik dan memelihara maruah raja dan negeri.[1]

Pingat_Ibrahim_Sultan_Pangkat_Kedua

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail
Status Masih lagi dikurniakan
Pelantikan pertama 17 September 1925
Lebih rendah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Ketiga
Lebih tinggi Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama
Gred Pingat Ibrahim Sultan Johor Pangkat Kedua
Jenis Perintah