Sinopsis Pink_Smile_(drama)

Mengisahkan Luna yang selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz, pemilik kedai tersebut.

Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

Akif - Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.