Pinocchio

Pinocchio (disebut pi·no·kio) (Bahasa Itali: Le avventure di Pinocchio, "Kembara Pinocchio", disebut [piˈnɔkːjo] dalam bahasa Itali) merupakan novel bacaan kanak-kanak yang dikarang oleh sasterawan Itali, Carlo Collodi. Separuh pertama novel ini asalnya adalah siri yang diterbitkan dari tahun 1881 hingga 1883, kemudian dihimpunkan sebagai buku bacaan kanak-kanak pada Februari 1883. Kisahnya tentang pengembaraan Pinocchio, sebuah boneka bertali yang hidup kerana kuasa ghaib, dan "bapanya", seorang tukang kayu miskin bernama Geppetto. Karya ini dianggap sebagai kesusasteraan kanak-kanak klasik yang telah diadaptasikan kepada pelbagai bentuk kesenian, seperti filem animasi Disney yang dibikin pada tahun 1940, serta melahirkan konsep-konsep yang menjadi kebiasaan, seperti nama ejekan "hidung panjang" untuk memaksudkan pembohong dalam budaya Barat.