Pintasan_permainan_video

Pemintasan dalam permainan video (Bahasa Inggeris: cheating) melibatkan pelbagai kaedah dilakukan pemain untuk yang meraih kelebihan atau mewujudkan halangan di luar tatamain biasa lalu menjadikan permainan lebih mudah atau lebih sukar daripada yang lazim dimain dalam keadaan biasa.Perilaku ini boleh dilakukan dari dalam permainan itu sendiri melalui kod dihasilkan para pembangun permainan asal (kod pintas, cheat code) atau dari pihak ketiga sama ada menggunakan perisian atau perkakasan tertentu. Pemintasan ini juga boleh direalisasikan dengan mempergunakan pijatan dalaman permainan video dimain.