Piper_Perabo
Piper_Perabo

Piper_Perabo

Piper Lisa Perabo dilahirkan pada 31 Oktober 1976 di Texas, Amerika Syarikat merupakan pelakon filem dan siri televisyen Amerika Syarikat. Ia berperanan sebagai Nora Baker-McNulty dalam filem Cheaper by the Dozen dan Cheaper by the Dozen 2. Ia juga berperanan sebagai Rachel Ashe Lynn dalam filem Beverly Hills Chihuahua.Ibunya merupakan terapi fizikal dan bapanya Dean bagi Kesusteraan dan bahasa Inggeris di Kolej Ocean. Nama luar biasa Perabo datangnya dari pelakon wanita Piper Laurie, yang dia dinamakan sempenanya. Perabo juga mempunyai dua orang adik lelaki yang ingin menjadi pelakon.Piper merupakan pelajar cemerlang dan pencapai cemerlang semasa sekolah menengah. Dia merupakan presideng National Honor Society, ahli kumpulan sorak, dan muncul dalam muzikal sekolah. Selepas tamat sekolah menengah, Perabo pergi ke Universiti Ohio di Athens, Ohio dan tapat pada tahun 1998 dengan Ijazah daam Seni Halus dalam drama. Dia pergi ke Bandaraya New York bagi bidang lakonan dan mendapat peranan pertamanya dalam filem pendek "Single Spaced". Peranannya adalah sebagai sotong gergasi. Pada tahun berikutnya dia dalam filem feture "Whiteboys". Sungguhpun filem tersebut tidak mendapat perhatian, ia membawa kepada dia berlakon dalam filem budget besar "The Adventures of Rocky & Bullwinkle" pada tahun 2000. Ia adalah filem berikutnya yang mendapatkan perhatian bagi Piper Perabo.Dia berlakon sebagai peranan utama dalam filem Coyote Ugly mengenai gadis bandar kecil yang berpindah ke Bandaraya New York bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi penulis lagu. Filem ini mendapat perhatian dan Perabo dicalon bagi beberapa anugerah. Sungguhpun dengan kejayaan ini, kerjaya Perabo naik turun untuk beberapa tahun berikutnya. Dia berlakon dalam beberapa filem popular seperti "Cheaper by the Dozen" tetapi termasuk beberapa filem tayangan terhad. Pada tahun 2009, Perabo pertama kali muncul di Broadway dalam pementasan "Reasons to be Pretty" by Neil LaBute. Dia kini tinggal di Bandaraya New York.

Piper_Perabo

Pekerjaan Pelakon (1997-kini)
Warganegara Amerika Syarikat
Pendidikan Ijazah dalam Seni Teater
KampungĀ asal Toms River, New Jersey
Kelahiran Piper Lisa Perabo
(1976-10-31) 31 Oktober 1976 (umurĀ 43)
Dallas, Texas[1]
Pusat pendidikan Kolej Honors Tutorial [2]