Peristilahan Piring_terbang

Istilah "benda terbang aneh" yang merupakan padanan pertama dalam kalangan penutur bahasa Melayu Nusantara kepada istilah bahasa Inggeris asal menggambarkan konsep ini – unidentified flying object - diperkenalkan oleh R. J. Salatun, Ketua Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional Indonesia semasa era 1960-an.[1] Padanan lain turut diberikan iaitu "BETEBEDI" (Benda Terbang Belum Dikenal) dikemukakan oleh C.M. Tanadi, seorang akauntan publik dari Bandung yang banyak menerbitkan buku terjemahan tentang fenomena ini di Indonesia pada tahun 80-an termasuk sebuah majalah yang bernama Betebedi. Penggunaan istilah asal yang menggambarkan fenomena ini sebagai penampakan fenomena misterius pertama kali disarankan pada tahun 1952 oleh Kapten Edward J. Ruppelt, pemimpin pertama Projek Buku Biru terutamanya dalam buku catatan karya beliau, The Report on Unidentified Flying Objects (laporan mengenai objek terbang tak dikenal) (1956), juga merupakan buku pertama yang menggunakan istilah ini - ia segera dipakai oleh Tentera Udara Amerika Syarikat yang juga langsung menggunakan istilah "UFOB" sekitar tahun 1954.

Istilah lain yang digunakan adalah "piring terbang" (bahasa Inggris: flying saucer) dan pertama kali digunakan wartawan untuk menggambarkan benda terbang misterius yang dilihat oleh Kenneth Arnold, iaitu sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas gunung Rainier, pegunungan Cascade, Washington.[2] Peristiwa itu terjadi pada tanggal 24 Jun 1947. Sejak kejadian ini istilah “Piring Terbang” memengaruhi imaginasi banyak orang.[3]