Piroksen (lazimnya Px) merupakan sekumpulan mineralinosilikat yang dijumpai dalam pelbagai batuan igneus dan metamorf. Piroksen memiliki formula am XY(Si,Al) 2O 6, dengan X mewakili kalsium (Ca), natrium (Na), besi (Fe II) atau magnesium (Mg) dan secara kurang lazim, zink, mangan atau litium, dan Y mewakili ion-ion lebih kecil seperti kromium (Cr), aluminium (Al), besi (Fe II atau III), magnesium (Mg), kobalt (Co), mangan (Mn), skandium (Sc), titanium (Ti), vanadium (V). Sungguhpun terdapat penggantian aluminium bersama silikon di silikat seperti feldspar dan amfibol, penggantian tersebut hanya berlaku dalam sebilangan kecil piroksen. Mineral piroksen memiliki strutkur serupa, iaitu rantaian tunggal tetrahedronsilika. Pirokesen yang menghablur dalam sistem monoklin juga dikenali sebagai klinopiroksen dan piroksen yang menghablur dalam bentuk ortorombus dikenali sebagai 'ortopiroksen.